Pelepasan Taksiran Cukai SSPN-i 2017 Sehingga RM6,000

Nikmati pelepasan taksiran cukai SSPN-i 2017 sehingga RM6,000 sebelum Disember ini.

Insentif ini hanya untuk ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai.

Walau bagaimanapun, pendeposit yang membuka akaun sendiri tidak layak mendapat insentif ini.

Pendeposit hendaklah membuat simpanan dalam tahun taksiran. Jumlah simpanan bersih tahun taksiran iaitu selepas ditolak dengan pengeluaran adalah layak mendapat insentif pelepasan cukai taksiran.

Pelepasan Taksiran Cukai SSPN-i

pelepasan taksiran cukai sspn

Had maksimum pelepasan taksiran cukai 2017 adalah sehingga RM6,000.00 setahun.

Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun SSPN-i untuk insentif pelepasan taksiran cukai yang disediakan di sini dengan memasukkan nombor MyKad pendeposit dan kata laluan iaitu nombor MyKad/ MyKid/ Sijil Kelahiran penerima manfaat.

Tarikh akhir simpanan untuk insentif pelepasan taksiran cukai adalah pada 31 Disember setiap tahun.

Sekiranya pendeposit mempunyai baki akaun pada tahun sebelumnya sebanyak RM5,500.00 dan simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM500.00, pendeposit layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai untuk tahun taksiran semasa sebanyak RM500.00 sahaja.

Manakala bagi pendeposit yang mempunyai baki akaun tahun sebelumnya sebanyak RM3,000.00 dan tiada penambahan deposit bagi tahun semasa, pendeposit tidak layak untuk mendapat insentif pelepasan taksiran cukai bagi tahun taksiran semasa kerana tiada penambahan deposit bagi tahun tersebut.

Sekiranya pendeposit mempunyai baki akaun pada tahun sebelumnya sebanyak RM4,500.00. Simpanan bagi tahun semasa sebanyak RM3,000.00 dan pendeposit membuat pengeluaran sebanyak RM1,000.00, pendeposit layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih bagi tahun taksiran semasa sebanyak RM2,000.00 (RM3,000.00 – RM1,000.00).

Contoh:

  • Baki akaun sebelumnya RM4,500.00.00
  • Penambahan deposit semasa RM3,000
  • Pengeluaran deposit semasa RM1,000.00
  • Simpanan bersih semasa RM2,000.00

Baca juga: Kaedah Bayaran Balik PTPTN 2017

Leave a Reply