Sertai Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN Hadiah Lebih RM500,000

cabutan wow 20 tahun ptptn

Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN berlangsung dari bulan Julai – Disember 2017.

Hadiah menarik ditawarkan antaranya wang tunai sehingga RM500,000!

Setiap tahun PTPTN menganjurkan Cabutan WOW! SSPN-i Plus untuk meraikan semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi.

Tahun lepas hadiah yang ditawarkan adalah Proton Perdana 2.4L, Toyota Vios TRD Sportivo, Motorsikal Kawasaki ER-6f, Honda Jazz 1.5L dan banyak lagi.

Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN

Terdapat 2 kategori iaitu Cabutan Istimewa dan Cabutan Bulanan.

Untuk kategori Cabutan Istimewa, hadiah utama wang tunai RM100,000. Manakala untuk Cabutan Bulanan hadiah pertama RM10,000 setiap bulan untuk dimenangi.

Berikut kami kongsikan antara terma dan syarat setiap kategori tersebut.

Cabutan Istimewa 20 Tahun PTPTN (Julai – Oktober 2017)

HadiahHadiah Tunai (RM)Bilangan
1100,0001
210,0001
31,000100
Saguhati100200
  1. Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT;
  2. Pendeposit perlu membuat pembukaan akaun baharu atau penambahan deposit serta memastikan akaun aktif sehingga tamat  tempoh promosi;
  3. Pendeposit SSPN-i Plus baharu atau sedia ada adalah layak untuk Cabutan Istimewa dengan syarat akaun kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;
  4. Bilangan cabutan adalah berdasarkan setiap  RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan;
  5. Pendeposit yang membuat bayaran kehadapan turut layak untuk cabutan, namun kelayakan cabutan adalah berdasarkan jumlah deposit (simpanan+takaful) semasa dalam tempoh promosi.
  6. Pendeposit hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Cabutan Istimewa sahaja;
  7. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan;
  8. Hadiah tunai yang dimenangi akan di depositkan sebagai simpanan ke akaun SSPN-i Plus;
  9. PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah atau kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;
  10. PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;
  11. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat-    menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;
  12. PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;
  13. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah; dan
  14. PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau    perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.

Klik Untuk Menyertai Cabutan Istimewa

Cabutan Bulanan (Julai – Disember 2017)

HadiahHadiah Tunai (RM)Bilangan
Utama10,0001
Saguhati100100
  1. Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT;
  2. Penyertaan adalah automatik dan hanya layak kepada pendeposit yang membuka akaun baharu atau penambahan deposit SSPN-i Plus / SSPN-i kepada pelajar tahun 1 tahun 2017 sekolah bantuan penuh kerajaan dalam tempoh promosi (tertakluk kepada terma dan syarat Insentif Khas Geran Sepadan Bajet 2017);
  3. Akaun tersebut perlu kekal aktif tanpa tunggakan  sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;
  4. Bilangan cabutan ditentukan daripada jumlah deposit terkumpul simpanan SSPN-i Plus DAN SSPN-iyang telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun pada bulan (tempoh promosi) tersebut. Jumlah deposit terkumpul SSPN-i Plus adalah berdasarkan nilai pakej (jumlah simpanan + takaful) manakala SSPN-i adalah berdasarkan nilai simpanan bersih (Deposit – Pengeluaran = Simpanan Bersih);
  5. Bilangan cabutan adalah sebanyak RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan;
  6. Pendeposit hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Cabutan Bulanan  sahaja;
  7. Layak untuk menyertai cabutan bulanan seterusnya jika pendeposit sedia ada membuka akaun baharu* / penambahan deposit pada bulan berikutnya;
  8. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan;
  9. Hadiah tunai yang dimenangi akan didepositkan sebagai simpanan dalam akaun SSPN-i Plus atau SSPN-i ;
  10. PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah dan kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;
  11. PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;
  12. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;
  13. PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;
  14. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah; dan
  15. PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.

Klik Untuk Menyertai Cabutan Bulanan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi PTPTN.

Leave a Reply