Cabutan Istimewa Bayar & Menang PTPTN: Hadiah iPhone X

Sepanjang Disember PTPTN menganjurkan cabutan istimewa Bayar & Menang PTPTN. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan iaitu iPhone X dan Huawei P10.

Cabutan ini khas untuk peminjam yang membuat bayaran balik PTPTN sekurang-kurangnya RM1,000 sepanjang bulan ini.

PTPTN memang aktif mempromosikan bayaran balik peminjam supaya pelajar lain dapat menikmati faedah yang sama seperti mereka. Sebelum ini PTPTN melancarkan Cabutan 20 WOW PTPTN yang menawarkan hadiah lebih RM500,000.

cabutan istimewa bayar menang ptptn

Promosi Cabutan ini bermula dari 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.

CABUTAN BAYAR & MENANG PTPTN

Berikut antara syarat kelayakan untuk menyertai cabutan ini.

  1. Cabutan ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN seperti berikut:
  2. Cabutan terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki pinjaman dalam Tempoh Promosi; dan
  3. Membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya RM1,000 menggunakan salah satu/ kombinasi saluran bayaran balik yang telah disediakan dalam Tempoh Promosi.
  4. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) adalah TIDAK LAYAK menyertai Cabutan ini.

Peminjam layak menyertai Cabutan sekiranya terdapat transaksi bayaran balik yang diterima dalam Tempoh Promosi.

Peminjam boleh membuat bayaran balik PTPTN melalui mana-mana saluran bayaran yang telah disediakan seperti Maybank2U, CIMB Clicks, JomPAY dan sebagainya.

Peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Tempoh Promosi.

Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman, bayaran balik RM1,000 adalah dikira berdasarkan jumlah keseluruhan bayaran balik bagi semua pinjaman.

Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada bayaran balik sekurang-kurangnya RM1,000 bersamaan dengan satu (1) cabutan.

Sekiranya berlaku kematian kepada peminjam yang telah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Tempoh Promosi., akaun peminjam masih layak untuk menyertai Cabutan.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi PTPTN. Kegagalan membuat bayaran balik PTPTN boleh disenarai hitam dan dikenakan sekatan ke luar negara.

HADIAH

Sebanyak 1 unit iPhone X untuk dimenangi manakala 10 unit Huawei P10 turut disediakan sebagai hadiah cabutan ini.

  1. Peminjam PTPTN berpeluang memenangi hadiah seperti berikut:
  2. Peminjam hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja dalam Tempoh Promosi Cabutan ini.
  3. Pihak Penganjur berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumkannya kepada pelanggan.
  4. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukarkan dengan barangan lain secara sebahagian atau sepenuhnya.
  5. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon/ SMS / surat / emel / paparan atau siaran di portal rasmi PTPTN atau melalui mana-mana kaedah komunikasi lain yang sesuai dipilih atas budi bicara mutlak PTPTN. Jika seseorang pemenang meninggal dunia, tuntutan hadiah boleh dibuat oleh waris yang sah mengikut prosedur semasa yang ditetapkan oleh PTPTN.
  6. Segala perbelanjaan dan kos yang terlibat ketika menyertai Cabutan ini atau ketika menuntut hadiah atau ketika menghadiri ke majlis penyampaian hadiah adalah atas tanggungan peserta/pemenang.
  7. Semua hadiah mestilah dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam surat/notis makluman. Sebarang penebusan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Sekiranya Pihak Penganjur atas apa jua sebab tidak dapat menghubungi pemenang, kemenangan dan hadiah yang ditawarkan adalah terbatal secara automatik.

Leave a Reply