[DOWNLOAD] Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Bagi peminjam yang layak membuat penangguhan bayaran balik PTPTN, anda perlu lengkapkan borang permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN dan hantarkan kepada pejabat PTPTN berhampiran.

Ada beberapa syarat untuk melayakkan peminjam membuat penangguhan bayaran balik, antaranya:

  1. Pinjaman Ujrah;
  2. Peminjam yang telah menamatkan pengajian dan menyambung semula pengajian secara
    sepenuh masa;
  3. Peminjam yang mengikuti pengajian secara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan peminjam menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa untuk menyelesaikan pengajian;
  4. Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman pendidikan.
  5. Peminjam yang berstatus gagal/ berhenti/ batal, penangguhan hanya dibenarkan bagi peminjam
    yang meneruskan pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  6. Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan boleh
    dipertimbangkan setelah membayar kos guaman.
  7. Peminjam yang mempunyai pertindihan penajaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah
    membayar amaun bertindih.
  8. Peminjam yang melanjutkan pengajian ke luar negara secara sepenuh masa;
  9. Peminjam yang mengikuti kursus PhD atau setaraf secara sepenuh masa;

Namun harus diingatkan, penangguhan bayaran balik PTPTN tidak menghalang PTPTN untuk menyenaraikan nama peminjam dalam rekod CCRIS.

PTPTN juga boleh melaksanakan sekatan luar negara serta menghalang peminjam memohon atau memperbaharui passport dengan kerjasama Jabatan Imegresen Malaysia.

Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

borang permohonan penangguhan bayaran balik ptptn

Borang permohonan bayaran balik PTPTN boleh dimuat turun di sini.

Peminjam diminta lengkapkan ketiga-tiga bahagian termasuk maklumat peminjam, maklumat penangguhan dan pengakuan peminjam.

Peminjam juga perlu membawa bersama beberapa dokumen yang berkaitan seperti:

  1. Borang permohonan penangguhan
  2. Salinan surat tawaran pengajian terkini
  3. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terkini daripada IPT sekiranya dalam surat tawaran tiada tempoh pengajian
  4. Surat pengesahan majikan bagi peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi
  5. Surat pengesahan tidak bekerja dari pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional/penyata KWSP terkini
  6. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terbaharu daripada IPT
  7. Salinan surat tawaran penaja baru sekiranya menerima penaja lain

Namun ada beberapa kriteria yang tidak melayakkan peminjam untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN. Antaranya:

  • Pinjaman Konvensional;
  • Peminjam yang melanjutkan pengajian secara separuh masa (contohnya PJJ, program Eksekutif atau setaraf);
  • Peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
  • Peminjam menyambung belajar secara sepenuh masa dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau menerima sebarang elaun semasa/sepanjang tempoh pengajian;
  • Peminjam tidak bekerja dan tempoh bayaran balik asal telah melebihi 24 bulan;
  • Peminjam telah bekerja.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang penangguhan bayaran balik ini, anda boleh hubungi careline PTPTN di nombor 03-2193 3000

Leave a Reply