[DOWNLOAD] Borang Kebenaran Potongan Gaji PTPTN

Bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN boleh juga dibuat melalui potongan gaji dan ianya percuma (tiada sebarang caj dikenakan).

Permohonan potongan gaji akan diproses selewat-lewatnya dalam masa 3 bulan.

Peminjam dikehendaki meneruskan ansuran bulanan seperti biasa sehinggalah urusan pemotongan gaji berjaya dilaksanakan.

Namun perlu diingatkan bayaran semula melalui potongan gaji hanya untuk ansuran semasa. Jika ada ansuran tertunggak sebelum potongan gaji PTPTN dilaksanakan, anda harus menjelaskannya secara manual.

Sekiranya jumlah amaun tunggakan adalah besar dan memerlukan penstrukturan semula pinjaman, sila sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua (2) keping.

Borang Kebenaran Potongan Gaji PTPTN

borang potongan gaji ptptn

Berikut kami kongsikan borang kebenaran potongan gaji bagi bayaran balik PTPTN yang terkini.

Borang ini perlu dilengkapkan oleh penerima biaya bagi tujuan membenarkan bayaran balik Pinjaman pendidikan PTPTN melalui potongan gaji dilakukan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah ditandatangani dan dihantar ke Pejabat PTPTN yang berhampiran.

Sebelum mengisi borang keberanan potongan gaji PTPTN ini, peminjam dinasihatkan untuk membaca dan memahami Dasar Privasi dan Keselamatan PTPTN sebelum melengkapkan borang. Dasar tersebut boleh dirujuk melalui Portal PTPTN atau PPN/ PPC yang berhampiran.

Klik sini untuk download borang kebenaran potongan gaji bagi pembayaran balik PTPTN.

Sila lengkapkan borang tersebut dan poskan ke alamat:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

PTPTN merupakan salah satu agensi Kerajaan yang melaksanakan myIDENTITY. Sehubungan itu, sebarang perubahan pada maklumat perhubungan (alamat surat menyurat, nombor telefon mudah alih dan e-mel) akan turut dikemas kini dan digunakan oleh agensi Kerajaan lain yang melaksanakan myIDENTITY (jika berkaitan).

Maklumat lanjut berkenaan myIDENTITY boleh dirujuk melalui laman web myIDENTITY di alamat www.myidentity.gov.my

Jika anda ingin membuat penangguhan bayaran balik, anda boleh muat turun dan lengkapkan borang permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN.

Sebarang persoalan tentang potongan gaji PTPTN boleh diajukan dengan cara hubungi careline PTPTN di nombor 03-2193 3000

Jangan lupa untuk sertai Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN untuk memenangi hadiah berjumlah sehingga RM500,000!

Leave a Reply