Syarat Permohonan PTPTN: Senarai IPT Dan Kursus Tajaan PTPTN

syarat permohonan PTPTN

Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan PTPTN.

Namun sebelum mengemukakan permohonan, pelajar perlu pastikan IPT dan kursus yang dipilih berdaftar dengan PTPTN.

Untuk semakan kursus, sila layari portal rasmi PTPTN dan klik “Senarai IPT dan kursus tajaan PTPTN”.

Syarat Permohonan PTPTN 2017

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  8. Tiada penaja lain; dan
  9. Telah membuka akaun SSPN-i

Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN.

Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN.

Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Cara Beli Nombor PTPTN di BSN

Untuk makluman, nombor PTPTN diperlukan ketika membuat permohonan.

Nombor PTPTN boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN pada harga RM5.

Nombor tersebut sah dalam tempoh 6 bulan sahaja.

Berikut dikongsikan cara beli nombor PTPTN melalui mesin ATM BSN:

  1. Masukkan BSN kad
  2. Pilih Pembelian Nombor PIN
  3. Pilih Program
  4. Masukkan nombor kad pengenalan
  5. Siap. Sila simpan resit untuk rujukan.

Pembelian nombor PIN di BSN bukan hanya untuk permohonan PTPTN, namun pelajar boleh juga membeli nombor PIN UPU, KPTM, KPM, BPG, UiTM dan UNISEL.

Pelajar juga boleh membuat pinjaman pendahuluan jika perlu.

Harus diingatkan, pinjaman PTPTN yang lulus layak ditarik balik atas sebab-sebab berikut:

  • Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan;
  • Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;
  • Menerima tajaan lain;
  • Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
  • Penerima biaya diisytihar muflis.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh rujuk halaman Pinjaman Pendidikan PTPTN ini.

Leave a Reply