SSPN-i Plus: Pelan Simpanan Pendidikan Serendah RM1 Sehari

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i Plus merupakan skim patuh syariah yang menyediakan pelan simpanan pendidikan tinggi anak-anak serendah RM1 sehari.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan bermula RM30 sebulan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih sama ada Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam atau Berlian.

Perbezaan SSPN-i Plus vs SSPN-i

Mungkin anda sedia maklum apa itu SSPN-i namun masih kurang jelas tentang SSPN-i Plus.

Yang membezakan kedua-dua skim ini ialah dari segi komitmen bulanan dan perlindungan takaful.

SSPN-i Plus berbeza dengan SSPN-i kerana selain menyediakan simpanan pendidikan, SSPN-i Plus juga menawarkan perlindungan takaful sehingga RM1 juta.

Untuk menjelaskan secara lebih terperinci perbezaan antara SSPN-i dan SSPN-i Plus, anda boleh rujuk infografik di bawah:

perbezaan sspni plus sspni

Keistimewaan SSPN-i Plus

Berikut antara kelebihan dan keistimewaan menyimpan di SSPN-i Plus:

  1. Simpanan dijamin kerajaan
  2. Patuh syariah
  3. Pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000
  4. Khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak
  5. Dividen kompetitif
  6. Perlindungan sehingga RM1 juta
  7. Layak momohon pinjaman PTPTN
  8. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
  9. Peluang menangi hadiah cabutan WOW sehingga RM1.5 juta
  10. Elaun kemasukan hospital

Untuk makluman, tuntutan takaful boleh dibuat selepas tempoh menunggu yang ditetapkan dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN beserta dokumen yang diperlukan.

Ibu bapa yang membuka akaun SSPN-i Plus untuk murid tahun 1 bermula 1 Januari 2017 akan menerima insentif Geran Sepadan iaitu simpan RM50 percuma RM50.

Promosi ini terhad untuk pelajar tahun 1 bagi tahun 2017 sahaja.

Pelan Simpanan (Pakej) SSPN-i Plus

Terdapat 6 jenis pakej yang ditawarkan, antaranya:

  1. Pakej Intan RM30 sebulan
  2. Pakej Delima RM50 sebulan
  3. Pakej Topas RM100 sebulan
  4. Pakej Zamrud RM200 sebulan
  5. Pakej Berlian RM500 sebulan

Perbezaan setiap pakej adalah seperti berikut:

pakej sspn i plus

Pakej Berlian hanya terhad untuk 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum RM2 juta. Jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar, manfaat tidak akan dibayar dan jumlah simpanan beserta dividen akan dipulangkan.

pakej takaful sspni plus

Berikut adalah perbandingan produk SSPN-i Plus dengan produk kewangan lain yang ada di Malaysia.

sspn i plus

Pembukaan Akaun

Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat melalui saluran berikut:

Tiada dokumen sokongan diperlukan melainkan pendaftaran untuk anak angkat.

Simpanan SSPN-i Plus boleh dibuat melalui beberapa saluran antaranya:

  • Potongan Gaji
  • Auto Debit
  • Perbankan Internet
  • JomPay
  • Kaunter PTPTN

Bayaran hendaklah dibuat pada setiap bulan mengikut komitmen bulanan yang ditetapkan sebelum tarikh bayaran.

Sekiranya tiada bayaran diterima, akaun akan ditutup serta merta dan semua keistimewaan akan terbatal.

Pengeluaran/Penutupan Akaun

Pengeluaran

  1. Pendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah  minima yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000.
  2. Pengeluaran yang tidak memenuhi syarat diatas tidak akan diproses.

Penutupan Akaun

  1. Pendeposit dibenarkan menutup akaun pada bila-bila masa dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN.
  2. Pendeposit akan menerima semua simpanan dalam akaun SSPN-i termasuk dividen tahunan dan nilai simpananpada syarikat takaful (jika ada).

Senarai 36 Penyakit Kritikal

Berikut adalah senarai 36 penyakit kritikal yang layak mohon permohonan tuntutan takaful SSPN-i Plus.

  1. Aplastic Anaemia
  2. Appalic Syndrome
  3. Acquired Immuno-Deficiency Syndrome (AIDS)
  4. Aorta Surgery
  5. Heart Attack
  6. Bacterial Meningitis
  7. Benign BrainTumour
  8. Alzheimer Disease
  9. Blindness
  10. Brain Surgery
  11. Systemic Lupus Erythematosus
  12. Cancer
  13. Cardiomyopathy
  14. Stroke
  15. Chronic Liver Disease
  16. Chronic Lung Disease
  17. Coma
  18. Pulmo Art Hypt
  19. Deafness
  20. Poliomyelitis
  21. Encephali
  22. Fulminant Viral Hepatitis
  23. Parkinson
  24. Heart Valve Replacement
  25. Kidney Failure
  26. Paralysisc
  27. Loss Of Ind Existence
  28. Loss Of Speech
  29. Major Burn
  30. Other Serious Coronary Artery Disease
  31. Major Head Trauma
  32. Major Organ Transplant
  33. Medullary Cystic Disease
  34. Multiple Sclerosis
  35. Motor Neurone Disease
  36. Claim Form

Borang-borang tuntutan bagi setiap penyakit boleh dimuat turun di portal rasmi PTPTN.

Leave a Reply