Semakan Senarai Hitam PTPTN Dan Tindakan Imigresen

Semakan senarai hitam PTPTN wajib dibuat sebelum peminjam memperbaharui passport.

Jika peminjam mempunyai tunggakan bayaran balik PTPTN, anda akan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Akibatnya, peminjam tidak dapat memperbaharui passport juga akan dihalang ke luar negara.

Semakan Senarai Hitam PTPTN

semakan senarai hitam ptptn

Berikut kami kongsikan cara semak senarai hitam PTPTN.

Untuk makluman, semakan boleh dibuat sama ada melalui:

Andai kata anda sudah pun disenarai hitam dan ingin ke luar negara dalam masa terdekat, peminjam haruslah berunding dengan PTPTN dalam tempoh 7 hari sebelum berangkat ke luar negara.

Ini bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya sekatan di lapangan terbang atau pintu sempadan.

Berapa jumlah untuk keluarkan nama dari senarai hitam PTPTN?

Jika peminjam ingin keluarkan nama dari senarai hitam PTPTN, anda perlu menjelaskan keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.

Jika mampu, peminjam juga disarankan untuk membayar keseluruhan hutang pinjaman.

Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula bayaran balik pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Bayaran balik pinjaman juga boleh dibuat melalui potongan gaji atau direct debit.

Rundingan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara.

Jika nama anda tersenarai dalam senarai hitam PTPTN, sila hubungi Seksyen Pengesanan dan Penguatkuasaan atau cawangan PTPTN dalam kadar segera.

Peminjam yang culas untuk membuat bayaran balik juga mungkin dikenakan tindakan saman.

Jika perkara tersebut berlaku kepada anda, peminjam hendaklah menghubungi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan PTPTN di talian 03-2193 1155 atau hadir ke cawangan PTPTN terdekat untuk rundingan bagi penarikan balik saman dengan membayar keseluruhan hutang pinjaman.

Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN bagi membuat bayaran keseluruhan tunggakan atau apa-apa jumlah yang dipersetujui PTPTN termasuk semua kos pendakwaan

Leave a Reply