Geran Sepadan PTPTN: Simpan RM50 Percuma RM50

geran sepadan

Ramai yang tak tahu wujudnya satu insentif yang dipanggil Geran Sepadan di mana setiap ibu bapa yang membuka akaun atau menambah di dalam SSPN-i atau SSPN-i Plus akan menerima tambahan deposit percuma RM50.

Pemberian insentif ini hanya untuk pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan sahaja.

Apa itu Geran Sepadan?


Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut:

  1. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga
  2. Pendeposti mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok)  tidak melebihi RM4,000.00.
  3. Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
  4. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
  5. Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima  manfaat.

Permohonan Geran Sepadan

Bagi anda yang ingin memohon Geran Sepadan, berikut kami kongsikan beberapa dokumen yang diperlukan. Antaranya:

  1. Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;
  3. Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;
  4. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
  5. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.

Pemberian insentif khas ini juga adalah usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah imej dan perspektif orang ramai daripada memberi pinjaman dan mengutip hutang pinjaman pendidikan tinggi sahaja kepada penabungan pendidikan demi masa depan rakyat di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, orang ramai ketika ini mengenali PTPTN sebagai institusi kewangan yang memberi pinjaman dan mengutip hutang pinjaman pendidikan.

Katanya, tanggapan itu perlu dihakis dan sehubungan itu, PTPTN lebih fokus kepada penabungan atau simpanan pendidikan untuk masa depan rakyat Malaysia iaitu PTPTN sebagai Tabung Pendidikan.

“Saya percaya, usaha murni tanpa mengenal erti jemu daripada PTPTN dapat membantu masyarakat lebih memahami dan sedar untuk membuat penabungan dari awal serta konsisten untuk membuat simpanan,” katanya.

Leave a Reply