3 Langkah Mudah Permohonan Direct Debit Online PTPTN

Permohonan direct debit online PTPTN boleh dibuat oleh semua yang ingin membuat bayaran balik melalui bank-bank yang terpilih seperti:

  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • CIMB Bank
  • Hong Leong
  • HSBC
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Public Bank
  • RHB
  • Standard Chartered

Peminjam hanya perlu ikut 3 langkah mudah di bawah untuk membuat permohonan.

  1. Daftar permohonan direct debit online PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/direct_debit.html
  2. Lakukan pengesahan maklumat akaun bank di PTPTN Online Payment Gateway
  3. Terima resit pembayaran dan cetak Akuan Penerimaan Permohonan Direct Debit

Langkah-langkah untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :

  1. Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank – bank yang dinyatakan diatas dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.
  2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i) di PTPTN.
  3. Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.
  4. Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.
  5. Klik Mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
  6. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman / simpanan dalam masa 3 hari bekerja.
  7. Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada Pusat Khidmat Pelanggan atau Aduan (iCare).

Manual Pengguna Sistem Permohonan Direct Debit Online PTPTN

Sebelum memulakan proses permohonan direct debit ini, adalah dinasihatkan untuk anda melayari menggunakan browser Mozilla Firefox sahaja. Kerana laman web tersebut tidak menyokong pelayar seperti Chrome atau Safari.

#1 Layari laman web rasmi PTPTN dan klik pada ikon Permohonan Direct Debit

permohonan direct debit online ptptn

#2 Kemudian pilih sama ada Mohon Direct Debit Simpanan atau Mohon Direct Debit SSPN-i Plus.

direct debit ptptn

#3 Semakan nombor kad pengenalan

Bagi peminjam sila pilih sama ada Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvensional atau Penyata Kira-Kira Pembiayaan Ujrah. Manakala bagi simpanan SSPN-i Plus sila pilih Semakan Penyata SSPN-i.

#4 Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan nombor peminjam

Jika anda tidak tahu nombor peminjam, sila hubungi careline PTPTN di talian 0321933000.

#5 Klik penyata baki dan mohon direct debit

Selepas log masuk, sila klik pada Penyata Baki di bahagian kanan. Selepas anda dibawa ke halaman Penyata Baki sila scroll ke bawah untuk membuat pendaftaran direct debit PTPTN.

#6 Lengkapkan maklumat yang diminta

Klik pada button Mohon Direct Debit kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:

  • Nombor telefon bimbit
  • Emel peribadi
  • Amaun bulanan

Tandakan kotak pengesahan maklumat dan terma & syarat permohonan dan klik SIMPAN.

#7 Pilih bank dan cetak maklumat permohonan

Klik pada senarai bank untuk tujuan pembayaran melalui direct debit. Selepas isi maklumat yang diminta, sila cetak maklumat permohonan untuk rujukan anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi careline PTPTN atau pergi ke kaunter-kaunter PTPTN yang berdekatan.

Leave a Reply