Bayaran Balik PTPTN Online Melalui Perbankan Internet, JomPAY, myPay PTPTN

Bayaran balik PTPTN kini boleh dibuat secara online sama ada melalui perbankan Internet seperti CIMB Clicks, Maybank2u atau melalui perkhidmatan JomPAY.

Selain itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional juga menyediakan perkhidmatan bayaran balik melalui myPay PTPTN.

Peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis daripada PTPTN.

Ujrah (kos upah) akan dikenakan secara bulanan bermula bulan ke-7.

Sekiranya gagal membuat bayaran balik, peminjam akan dikenakan tindakan senarai hitam Jabatan Imegresen Malaysia dan CCRIS.

Tindakan senarai hitam ini menyebabkan peminjam tidak dibenarkan memperbaharui passport atau mungkin dihalang ke luar negara.

CCRIS pula menyukarkan peminjam membuat pinjaman seperti pinjaman perumahan dan sebagainya.

Saluran Bayaran Balik PTPTN Online

bayaran balik ptptn online

Tujuan diwujudkan saluran bayaran balik PTPTN online bagi memudahkan peminjam membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter.

Kini transaksi tersebut lebih cepat, mudah dan selamat.

Berikut kami kongsikan antara saluran yang membolehkan peminjam membuat bayaran balik PTPTN juga SSPN-i Plus dan SSPN-i.

BILSALURANBAYARAN BALIKSSPN-i PLUSSSPN-i
1JomPAYYa-Ya
2Portal PTPTN (FPX)Ya-Ya
3MyPay PTPTNYa-Ya
4Perbankan InternetYaYaYa
5Permohonan Online-YaYa
6Permohonan Potongan Gaji OnlineYaYaYa
7Autodebit-Ya-
8Kaunter PTPTNYaYaYa
9Kad Debit/ATM/Kad KreditYa--
10Kaunter Ejen Bank Terpilih--Ya

Rebat Diskaun Bayaran Balik 10% – 15%

Pada pembentangan Bajet 2017, kerajaan mengumumkan diskaun bayaran balik PTPTN seperti berikut:

  1. Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
  2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  3. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.

Pemberian insentif diskaun ini sah dari 22 Oktober 2017 hingga 31 Disember 2017 sahaja.

Diskaun 15% layak untuk semua peminjam yang melunaskan baki pinjaman PTPTN secara keseluruhan. Ini termasuk mereka yang dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Diskaun 15% ini dikira berdasarkan baki keseluruhan hutang pinjaman.

Untuk semakan baki keseluruhan hutang pinjaman, anda boleh layari laman web PTPTN atau hubungi hotline 03-2193 3000

Surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan dikeluarkan mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% diselesaikan.

Diskaun 10% pula layak diberikan kepada peminjam dalam kategori berikut:

  1. Semua peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 50% daripada baki keseluruhan hutang pinjaman dalam sekali bayaran (yang diterima pada bulan yang sama).
  2. Semua peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran Potongan Gaji atau Direct Debit mengikut amaun yang ditetapkan/ dipersetujui.

Bagi peminjam yang mempunyai tunggakan yang belum dijelaskan, anda boleh membuat rundingan sama ada melalui hotline 03-2193 3000 atau berjumpa sendiri eksekutif pemasaran PTPTN di mana-mana cawangan PTPTN berhampiran.

Peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui Direct Debit dalam tempoh promosi berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Samsung Galaxy S8.

Pengecualian Bayaran Balik

Pengecualian bayaran balik PTPTN merupakan insentif kepada peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Peminjam yang layak hendaklah mengemukakan permohonan lengkap kepada PTPTN dalam tempoh setahun daripada tarikh konvokesyen.

Antara dokumen yang perlu disertakan termasuklah:

  • Akuan Peminjam yang telah lengkap diisi.
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

Proses permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama akan mengambil masa 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa seperti ditetapkan oleh PTPTN iaitu Bahagian Akademik IPT atau Bahagian Yang Mengeluarkan Transkrip dan Skroll di mana peminjam mengikuti pengajian sahaja.

Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/penggredan daripada IPT perlu disertakan.

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh PTPTN.

Namun penangguhan yang diberikan tidak menghalang PTPTN untuk mengenakan tindakan CCRIS atau menghalang peminjam ke luar negara.

Kos upah juga dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

Antara kriteria yang melayakkan peminjam untuk membuat penangguhan:

  1. Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.
  2. Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara.
  3. Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester).
  4. Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksima yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman.
  5. Peminjam yang menerima penajaan lain, Penangguhan hanya boleh dipertimbangkan setelah membayar keseluruhan jumlah tajaan yang bertindih.
  6. Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan hanya dipertimbangkan setelah kos guaman diselesaikan.

Bagi peminjam yang membuat penyelesaian penuh pinjaman, anda boleh mendapatkan surat penyelesaian hutang daripada PTPTN.

Leave a Reply